RENCANA : CHUAH GEE LYE-POLIS TELADAN

OLEH SATA SAALIMUN

Aku mendapat idea dan ilham untuk menulis sebuah buku bertajuk “JASA PDRM KEPADA MALAYSIA DAN DUNIA”,aku mengantar emel kepada Ketua Polis Negeri seluruh negara dan individu pertama membalas emel dan bersetuju untuk diwawancara ialah Datok Chuah .

  Kenderaan aku bernombor 4545 diberi kebenaran parkir di depan lobi IPK PDRM Melaka dan itulah kali pertama naik ke pejabat Ketua Polis Melaka.

  Soalan bertalu-talu aku lontarkan berkaitan usaha PDRM Melaka mendekatkan masyarakat dengan polis dan beliau menjawab ‘community policing’.Ia adalah dasar yang baik di mana masyarakat saling bekerjasama menyalurkan pelbagai info dan maklumat jenayah kepada pihak polis.

  Paling menarik ialah beliau Ketua Polis yang

perkenalkan kamera badan terhadap anggota badan

PDRM ,bukan sahaja boleh merakam perbuatan

salah laku anggota polis namun juga sebagai bukti

sekiranya polis tak bersalah dalam tindakan.Kamera badan juga penting merakam bukti jenayah dan membawanya ke mahkamah untuk diadili.

  Menulis sebuah buku fakta bukan perkara mudah.200 muka surat manuskrip dihantar kepada

Datok Asmawati,Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman ketika itu.Beliau menghubungi sendiri melalui nombor telefon bimbitnya bersetuju dengan isi

kandungan buku.Walaupun telah bersara,kami masih berhubung.Aku merancang menulis 1000 muka surat

buku ini.

  Aku melawat Muzium Bukit Kepong dua kali.

Ke Bukit Kepong mewawancara penduduk yang masih ingat tragedi hitam Bukit Kepong lebih 7 kali.

Mewawancara Ketua Polis Daerah,Ketua Balai sehingga anggota trafik di jalanan.

  Belum kira ribuan jam di perpustakaan sama ada di Perpustakaan Awam hinggalah ke perpustakaan UIAM dan USIM.

  Tiga jam bersama Datok Chuah,banyak perkara yang dapat diambil pengajaran dan manfaat.Beliau

menegaskan tentang elaun polis yang wajar ditambah.Bayangkan Pegawai Penyiasat hanya menerima RM100 sebulan walau berapa jam sekali

pun bertugas sepanjang bulan.Ada yang terpaksa

berada di pejabat 8 jam dan di luar pejabat pula 6 jam,maka 14 jam bertugas seharian.Ada yang baru pulang ke rumah ,namun dihubungi semula untuk kes repot baru untuk disiasat.

  “Siapa nak jumpa?SAAT SULAIMAN?Beritahu

dia,aku tak kenal.”,terngiang kata seorang Ketua Balai sebuah negeri yang enggan ditemui.Air mata bergenang keluar balai polis dengan sendu di hati.

  Namun aku tidak putus asa.Seorang Ketua Balai di sebuah negeri memberi peluang aku mewawancara beliau 3 jam.Kini beliau bertukar arah menjadi pensyarah PULAPOL.

  “Tuan Haji boleh tak tulis berkaitan masalah kurangnya anggota di Narkotik?KDN perlu minta lebih banyak peruntukan untuk PDRM ”,kata seorang

Ketua Polis Daerah sebuah negeri.Walaupun hanya 15 minit berbual,beliau memberikan cadangan.Aku pergi ke AADK Melaka dan dihadiahkan sebuah buku untuk rujukan.

  Ketika solat Jumaat di sebuah masjid di Shah Alam,aku mendengar ucapan seorang pegawai PDRM sebelum azan Jumaat berkaitan masalah dadah.

“Jika ibu bapa tidak berusaha mendidik anak-anak

menjauhi dadah,10 tahun akan datang,jumlah penagih akan meningkat tiga kali ganda .”

  Beliau adalah pegawai PDRM Bukit Aman yang dijemput memberikan ceramah di masjid sebelum

solat Jumaat.Aku menulis satu persatu ucapannya.

  Datok Chuah berkhidmat cemerlang ketika

menjawat jawatan Ketua Polis Melaka.Selepas itu beliau meneruskan khidmat di Bukit Aman dan

kini bersara.

  Jumlah anggota polis di Malaysia sebenarnya

tidak kompeten dengan jumlah rakyat yang ramai.

Lihat sahaja Air Keroh Melaka yang mempunyai

kepadatan penduduk namun hanya mempunyai balai.

Sepatutnya Air Keroh mempunyai IPD .

  Begitulah dengan sebuah daerah di mana jumlah anggota bahagian Narkotik seramai 25 orang sahaja dan penduduknya hampir 200,000.

  Belum dikira gaji anggota PDRM berbanding negara maju.Aku pernah bertanya seorang pegawai

penyiasat negara Korea Selatan dan menjawabnya

dengan nilai matawang Korea.Apabila ditukar ringgit,ia mencecah hampir RM30,000 sebulan.

  Sumbangan dan jasa Datok Chuah kepada PDRM amat besar .Beliau meninggalkan PDRM dengan rekod bersih dan bersara dengan aman.

  Ketika ditanya berkaitan kemalangan,apa perlu dibuat?Beliau memberitahu pemilik kenderaan perlu mengambil gambar dan video kemalangan sebagai bukti dan barulah menghubungi PDRM.

  Kenderaan perlu dialihkan jika mengganggu

jalan raya .Setelah repot,perlu bertemu pegawai penyiasat trafik dan ke lokasi kejadian bersama

pegawai penyiasat serta jurugambar.

  Namun sikap segelintir rakyat Malaysia suka bergaduh ketika kemalangan.Masing-masing mahu menegakkan benang basah .Malah ada pengguna

jalan raya memukul pemandu lori apabila berlaku kemalangan.

  Pengalaman mewawancara beliau bukan sahaja menambahkan pengetahuan,malah beliau memberikan banyak cadangan untuk penulisan lebih

berkualiti.

  Isu perumahan anggota PDRM contohnya.Masih ramai anggota PDRM terpaksa tinggal di berek polis yang telah berusia lebih 40 tahun.Sepatutnya anggota PDRM layak tinggal di kondominium 4 bilik dan dua bilik air.

  Beliau turut sedih dengan segelintir angggota

PDRM yang masih terlibat dengan rasuah,menyalahi SOP PDRM,salahguna kuasa DLL .Nasihat beliau

“Berkhidmatlah dengan bersih,cekap,amanah kerna

ianya kewajipan semua polis.Jangan busukkan nama

PDRM.”

  Aku keluar dari pejabat beliau setelah bersalam dengan penuh kegembiraan.Buku nota disimpan rapi dan inilah pengalaman terbaik dalam pelbagai wawancara.

  Semoga beliau terus bersara dengan tenang dan gembira ke akhir hayat.Terima kasih Datok Chuah!

……………………………………………………………………………

COPYRIGHT @ SAAT BIN SULAIMAN 2026-9999 MASEHI

SATA SAALIMUN ialah nama pena SAAT SULAIMAN .Beliau usahawan kecil dan penulis bebas.Beliau telah menulis 9 buah buku dan pelbagai cerpen serta rencana.